INFO SOMALIA

Negara-negara di timur benua Afrika kini sedang dilanda musim kemarau yang paling teruk dan kira-kira 12 juta penduduk diancam kebuluran. Kawasan selatan Somalia ialah kawasan yang paling serius terjejas, hinggakan binatang ternakan serta kawasan pertanian turut mengalami kemusnahan. Menurut statistik Badan Bangsa-Bangsa Bersatu, sejak 3 bulan lalu, ratusan ribu penduduk Samolia telah menjadi pelarian dan mula memenuhi kem-kem perlidungan di sempadan Kenya dan Ethiopia. Hampir 50 peratus kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan teruk, manakala hampir 30 ribu kanak-kanak telah meninggal dunia akibat kebuluran.

PESERTA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN SOMALIA

PESERTA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN SOMALIA
PESERTA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN SOMALIA 2011

01 NOVEMBER 2011

01 NOVEMBER 2011
PERJALANAN HARI PERTAMA 01 NOVEMBER 2011

02 NOVEMBER 2011

02 NOVEMBER 2011
PERJALANAN HARI KEDUA 02 NOVEMBER 2011

03 NOVEMBER 2011

03 NOVEMBER 2011
PERJALANAN HARI KETIGA 03 NOVEMBER 2011

Tuesday 4 October 2011

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN SOMALIA

MISI MEMBAWA IBADAT KORBAN DAN PEK MAKANAN UNTUK RAKYAT SOMALIA

My Blog List

MAKLUMAT TERKINI

Bersama kami dua orang pemimpin HALUAN MALAYSIA iaitu Dr.Baharudin Suri dan Saudara Hj. Ibrahim Abd. Rahman.


Perjalanan Misi Bantuan Kemanusiaan Somalia

31 Oktober 2011

-Perjalanan kami bermula Jam 9.30 mlm dari JB ke Hotel Highway Seremban.

01 November 2011

-Bertolak ke KLIA pada pada jam 6.30 pg.

-Dari KLIA ke Dubai memakan masa selama 6 jam lebih tiba jam 1.00 ptg. Transit di Dubai selama dua jam terasa begitu sekejap.

-Dari Dubai jam 3.00 ptg waktu tempatan ke Nairobi perjalanan mengambil masa selama 4 jam tiba jam 7.00 mlm di Lapangan Terbang Nairobi.

-Menginap di Hotel Grand Royal di pinggir bandaraya Nairobi Kenya.

02 November 2011

-Perjumpaan dengan wakil NGO Somalia dan perbincangan mengenai jumlah korban sebenar iaitu 1500 ekor kambing dan 50 ekor unta iaitu termasuk HALUAN MALAYSIA dan JPN Johor sebanyak 170 ekor kambing dan 100 pek makanan.

03 November 2011

-Pertemuan dengan Kedutaan Malaysia di Nairobi yang diwakili oleh Second Secratary En. Zahari Ghazali.

04 November 2011

-Perjalanan ke Garissa sempadan Somalia 6 jam dari Nairobi tidur satu malam di Nomad Palace Hotel

05 November 2011

-Dari Garissa ke Dadaap Base Camp selama 3 jam jalan sangat mencabar dan keselamatan yang tidak terjamin. Alhamdulillah selamat sampai dan melihat sendiri kambing dah sampai untuk dikorbankan esok.

06 - 07 November 2011

-Hari raya aidil adha di kem pelarian Somalia di Dadaab menyembelih 1500 ekor kambing dan 47 ekor unta termasuk HALUAN Malaysia.

07 November 2011

-Bertolak dari perkhemahan Somalia ke Garissa.

08 November 2011

-Bertolak dari Garissa ke Nairobi kenya. Dari Nairobi ke Dubai transit dari jam 10.00 - 2.45 pg.

09 November 2011

- Alhamdulillah selamat sampai ke KLIA dan pulang ke Johor dengan selamat.

Kambing korban turun di Base Camp Dadaap

Kambing korban turun di Base Camp Dadaap

BINGKISAN SATU TN. HJ.MD.KASIM BIN MD. NOAH

Salam Us Azman,

Catatan 1 bertolak dari KLIA, 950 ! Nov 2011,

Sayang Sarawak sungainya sempit

Buah berangan lambung Lambungan

Hendak ku bawa perahu sempit

Tinggallah tuan tingal Junjungan.

Catatan ini mengingatkan saya kepada tuan yang menarik diri dari misi , kita yang memulakan idea untuk ke Somalia dengan mendapatkan taklimat pertama dari Dr Baharudin Suri ketua tim Kedua Haluan Malaysia yang 2 hari baru pulang dari DADAAP pada petang Jumaat 23 September 2011 di Restoran Setia Tropika JB. Kita yang membuat perancangan strategik . Tuan peserta yang paling awal membuat persediaan dan mendapat suntikan kesihatan. Tetapi apabila bilangan peserta di Hadkan dan kawasan yang hendak di tuju telah dilebel sebagai ZON PERANG oleh WISMA PUTRA yang sangat menekankan keselamatan Tiga Nama patut digugurkan termasuk saya sendiri. Kita yang merancang Tuhan juga yang menentukan.

Rancangan berubah dari satu tim kepada 2 tim. Tim Yang pertama membawa Kambing Qurban dan Tim Kedua bulan Disember membawa pek makanan itu keputusan bersama di bilik tuan pada 2 minggu terakhir (LAPTOP Yusma ini takda 3 huruf ). Selepas berbincang dengan Dr Baha dari Haluan pada 24 oktober kita putuskan semula hanya satu tim sahaja yang di hantar ke Daadap dan tuan dan Yusma digugurkan (anda tahu tak huruf apa tak ada).

Saya merkamkan terima kasih kepada tuan dan Ustaz Khairozi yang berterusan membantu menguruskan misi ini.

Sejak Jumaat yang lepas saya saya pusing kepala menyiapkan akaun misi dengan kewangan yang terhad dan amanah yang besar. Alhamdulillah perbelanjaan mencukupi dengan kos minima. Kita terpaksa menambah kos keselamatan yang meningkat.

Dalam menguruskan misi ini saya tidak banyak memikirkan resiko yang bakal kami hadapi seperti yang diingatkan oleh ramai orang. Kepala kering saya selalu berkata “When you believe in god nothing maters” walaupun begitu semua langkah keselamatan telah diambil, insuran, sekuriti, perjalanan. Wisma putra banyak membantu. Berani atau tidak bukan persoalan bagi Pasukan PASKA. Kalau ajal dah sampai di atas katil pun boleh mati. Saya amat simpati dengan tuan kerana tarikh kita mendapat taklimat dari Dr Baha di Taman Sutera tuan sendiri terlibat dengan kemalangan kenderaan kali ke 2 dalam satu bulan sebelum berangkat. Tuhan saja yang maha mengetahui perancangannya dan kita sentiasa redha. Subhanallah.

Saya juga merakamkan terima kasih saya kepada pelajar dan guru yang mengadakan majlis yasin dan tahlil di sekolah mendoakan keselamatan kami. Nama mereka tidak tertulis dalam catatan ini satu persatu. Begitu juga dengan semangat yang di tunjukkan oleh Rakan-rakan PPD Muar dan PPD Pasir Gudang, MGB dan MPSM, Guru besar SJKC Pasir Gudang, PAKDIS juga banyak membantu dalam melicinkan urusan perjalanan. Terimaksasih Tuan haji, TK kawan-kawan, TK anak-anak sekolah.

Yang paling hebat dalam misi ini ialah En Md Nor A Ghani Pengarah Pelajaran Johor. Kata-kata beliau “SAYA IZINKAN “ pada petang Selasa 22 September amat terasa di hati saya kerana Pengarah yang terdahulu nak ke Pelastin pun beliau tidak izinkan. Kerana beliau sayangkan saya dan anak buahnya yang lain. takut berlaku perkara yang tidak diingini. Seperti Kata pegawai WISMA PUTRA walaupun kita pergi dengan misi sendiri dan bercuti tetapi jika berlaku apa-apa mereka tetap bertanggung jawab. Itulah akauntabiliti sebagai ketua. Anak buah ikut sedap rasa saja. Lebih hebat lagi dibawah pentadbiran beliau rekod baru dicipta bukan saja kita menghantar PASKA ke Gaza tetapi serentak Ke tiga distainasi Ibadah korban. Jumaat lepas Tn. Timbalan dan pasukan PASKA ke Acheh. Hari Selasa saya dan PASKA Somalia ke Kem UNHCR DADAAP, dan beberapa hari lagi En Yasiran mengepalai PASKA Champa PPD Segamat akan Ke Kampuchea. Ini Rekod yang paling sukar di pecahkan pada masa yang akan datang. TAHNIAH TUAN.

Walaupun struktur perancangan tim PASKA tidak berpusat tetapi pembahagian kerja amat berkesan. Tim Timbalan, Tim PPD Segamat ,Tim Saya dan perlu juga diingatkan ada satu tim lagi dibawah Hj. Sharudin yang yang juga membuat pungutan dana kemanusiaan Somalia tetapi pungutan ini seratus peratus di salurkan kepada KPM dan tidak sama dengan misi kita sekarang.

Akhir kata misi ini adalah milik semua penyumbang Qurban dan makanan dan kami bertiga akan berusaha membatasi ZON PERANG untuk menyampaikan 170 ekor kambing 120 pek makanan dan 60 papan Loh bagi pelajar tahfiz di 3 kem pelarian terbesar di dunia menempatkan hampir sejuta mangsa kebuluran rakyat Somalia Di Dadaap Kenya iaitu Kem Dageharty, Ifo dan Hegadera. Saya berbangga kerana target 100 ekor kambing tercapai hanya dalam masa 2 hari. Dan 100 pek makanan juga tercapai dalam masa singkat.

Semoga tuhan merahmati perjalanan kami dan membalas berlipat kali ganda kebaikan kepada tuan dam semua warga Pendidikan Johor dan tuan puan yang terlibat. Tuan telah menggerakkan satu misi yang terjangkau akal dan menjadikan ia satu realiti. Terima kasih Ustaz. Kami akan berangkat jam 950 dari KLIA ke Nairobi dan transit di Dubai menggunakan pesawat Emirate.

Doa kan kami selamat.

Saya ada buat pres di WEB Haluan Malaysia semasa di Air Port KLIA atas nama Ketua Misi PASKA SOMALIA Pendidikan Johor.

KASIM NOAH

BINGKISAN KEDUA TN. HJ.MD.KASIM BIN MD. NOAH

Salam untuk Haji Zawawi

Catatan ini saya buat dalam penerbangan ke Nairobi.

Pucuk Pauh delima batu

Anak sembilang di tapak tangan

Sungguh Jauh beribu batu

Hilang dimata di hati jangan

Saya mengingati tuan kerana kata kata tuan semasa kita minum Nescafe di Restoran Alif BBU 3 hari sebelum saya bertolak. Petang khamis 27h Oktober. Kata-kata tuan sangat menyentuh perasaaan saya. Walaupun hati kering saya sehingga menaiki penerbangan ini nothings matters tetapi kesunyian penerbangan mungkin menjadikan ingatan kepada kata-kata tuan menjadikan saya melankolik. Wajah isteri dan anak-anak saya terbayang dimata. 2 anak perempuan saya seorang sedang sarat dan seorang tengah mabuk lebih menyayukan hati.

Pertama keinginan tuan untuk bersama misi ketempat seperti Somalia ini.Tak ramai akan yang seusia kita yang sanggup bersusah payah mengambil risiko untuk membantu orang lain. Terutama dalam Kes SOMALIA. Kamus glamer tidak ada dalam misi seperti ini. Kerana kita pergi ke ZON Perang. Kata orang pergi mengadai nyawa. Tapi nyawa itu hak Tuhan.

Kedua seperti saya keinginan tuan untuk melihat kesengsaraan manusia akibat tidak bersyukur akan nikmat Tuhan. Tidak bersatu. Berebut kuasa. Jauh dari keredaaan Tuhan. Tidak seperti kita di Johor setiap Jumaat kita mendoakan agar kita dilindungi. Kita berdoa bersama kemakmuran negeri, haiwan dan tumbuhan, pemimpin dan pegawai kerajaan.( Itupun sukar bagi sesetengah orang hendak menunggu sebentar untuk mengaminkan doa imam). Saya pernah mengingatkan Pengetua Sebuah sekolah agar berpesan pada pelajarnya yang sama berSolat jumaat di Masjid dimana saya bersolat Jumaat agar tunggulah sebentar untuk mengamin kan doa yang di bacakan oleh Imam. Kerana rahmatnya untuk kita semua.Walaupun kadang-kadang kita mengejar waktu biarlah sesaat dua kita duduk bermunajat agar Negara kita jauh dari musibah Atau jangan bersolat di hadapan saya. Kerana pergerakan pelajar yang berkumpulan itu menggangu jamaah masjid (Alhamdulilah banyak yang berubah selepas diingatkan).

Ketiga, tuan menyatakan kegigihan agar lebih ramai orang muda menyertai misi seperti ini. Belajar dari kesusahan orang lain. Insaf dari musibah yang menimpa. Hampir dengan Tuhan dan membuat kebaikan di dunia. Dan yang lebih penting kita menghampiri kematian yang entah bila datangnya dan kita membawa sedikit kebaikan dan amal jariah di dunia yang fana ini. (Chee wah berkhutbah pulak saya.)

Sebenarnya tim PASKA JPN Johor ini masih amatur berbanding dengan tim seperti HALAN MALAYSIA, Ashar Shariff, Mercy dan lain-lain.Yang bukan sahaja mempunyai struktur yang kemas tetapi mempunyai kontak international yang rapat. Misi kita juga lebih kecil berbanding dengan mereka. Mereka keluar dengan 6 atau 7 angka. Kita hanya beberapa angka. (Haluan Malaysia Kali ini menghantar tim ketiga dengan bawa 1500 ekor kambing dan hampir 50 ekor Unta.)

Jawapan kepada soalan tuan kenapa saya kehadapan dalam mengetuai misi seperti ini kerana JPN ini besar dan sumber yang banyak. Cuma kita perlu menggerakkan sumber itu sahaja. Sebelum ini kita banyak menggerakkan misi dengan mengumpulkan dana dan menyerahkan kepada badan-badan tertentu yang berjanji macam-macam. Kita pernah terlibat dengan Dana Darfur, Dana Gempa Bumi Bum, 2 kali dana Pelastin dan sebagainya. Kita kumpul kemudian kita serahkan. Ramai juga yang ingin menyertai misi tetapi tidak berupaya mengeluarkan sedikit modal dari kocek mereka. Kita bukan ada dana yang boleh di gerakkan setiap kali misi. Kita belum berupaya dalam banyak hal.

Bermula dari gempa bumi di Pariaman Sumatra Barat kita memulakan misi kemanusian secara bersendiri. Alhamdulillah 3 misi di laksanakan di Pariaman . Kemudian Menyambung Misi Tsunami Acheh masuk tahun ke 3, Letusan Merapi di Sleman Jawa Tengah. Misi kemanusiaan dan Qurban Masyarakat Islam Champa masuk tahun kedua. Misi GAZA.

Tahun ini kita pergi lebih jauh lagi dengan melaksanakan misi Ke GAZA dan kali ini ke DADAAP. (Laporan yang lepas ada dalam buku PASKA 2010 yang sukar dicari dipasaran kerana stok terhad. Nantilah jika ada rezeki saya akan dapatkan satu set untuk tuan.)

Mungkin semangat tuan boleh menjadikan tuan kepala misi ke TURKI yang mengorbankan hampir 500 orang. Semasa surat ini di tulis Tim Haluan telah berada di Bumi Turki bagi misi 10 hari. Ingat lagi ketika kita design sekolah dulu saya sering menyebut tentang seni bina Turki dan Asia barat ini peluang tuan untuk melihat kemusnahannya pula.

Kapal ini akan transit di Dubai dan perjalanan masih jauh dan sunyi lagi. Setakat ini saya telah meninggalkan tuan 5800 km. Ada 5 jam lagi perjalanan.

Saya amat gembira menaiki penerbangan ini lebih lagi bila Dr Baharudin Suri dalam kenyataan akbarnya menyeru NGO lain agar bekerjasama dalam misi antarabangsa semasa di KLIA tadi.

Misi Somalia ini akan menyaksikan kem yang telah berada selama 20 tahun dan sentiasa bertambah bilangan penghuninya. Dan terus di lupakan oleh masyarakat antarabangsa. Lebih lebih lagi bila terus menerus dunia di dedahkan oleh pelbagai bencana sedangkan DADAAP tetap disitu dan terus di kunjungi pelarian baru.

Dalam NST Hari Ini ada SINGGING for Hunger.

DARI GULF TODAY: Paris: US stops its Fanantial aids to UN Organization...... we here to have made $60 millions payment to UNESCO in November and we will not be making that payment.

Manila: Seven Bilion Baby arrieves...... a tiny winkle girls born into a struggling Manila Family. Davica May Camecho born in crowd public Hospital as 7B philliines.

Mogadishu: Kenyan Raid kill 5 displace somalian...... the Kenyan malitarry denied it kill civilians but Gauthan Chaperanjee Who heads Doctors withoud borders (MSF- Holland) Somalian Missions.....

Kami sampai di Nairobi jam 1230 malam WM jam 21.00 waktu Kenya.

Terima kasih tuan, Jangan lupa walaupun kita berbual di restoran mamak tetapi valuenya lebih dari bilik kuliah seorang professor.

Saya tengah Jet Letni. Bangun Jam 8 pagi WM tapi sini baru 315 pagi. Bilik Hj Mad Ekon Tak ada. Bilik saya air tak panas. Suhu di luar 26 darjah.

KASIM NOAH

BINGKISAN KETIGA TN.HJ.KASIM B. MD.NOAH

Salam 4 Untuk Pak Zul,

Cacatan ini ketika mendarat di Nairobi Kenya

Kalau Roboh kota Melaka

Papan di Jawa saya dirikan

Kalau sungguh bagai di Kata

Nyawa dan badan saya serahkan

Apa khabar Pak Zul sebelum perjalanan hari saya cuba menghubungi tuan untuk menyatakan perjalanan saya ini. Tapi mungkin kesibukan, saya tidak dapat bercakap dengan tuan. Tidak mengapalah semoga tuan sihat sentiasa. Dah tukar no Telefon Ke???

Saya telah mendarat di Bumi Kilimanjaro. Dari Air port ini Cuma 200 KM saja lagi.

I ngat tak ketika kita menjadi Ghost Buster di Seri Menanti dulu. Kita bercerita tentang pertapaan di Gunung Ledang. Tentang Gunung Jati di Tanah Jawa. Setiap kali kita tentu menyebut Kilimanjaroo macamlah gunung itu yang terhebat di dunia. Tuan, Hari ini saya menjejak kaki dibumi yang hampir sangat dengan Kilimanjaroo. Cuma tak sempat bertapa di puncaknya yang bersalji itu. Suhu disini 26 Darjah celcius.

Walau pun kita seperguruan, sekepala dan mempunyai pertalian yang begitu rapat. Tapi saya lebih dahulu berpeluang berada di punchak Bromo. Melihat sisi ganas Merapi dan kali ini merasa bayu sejuk KILIMANJAROO. Tak apa tuan nanti tahun depan kita sama-sama menyedut natural energy dari Gunung Daik. Saya telah aturkan perjalanan kita dengan rakan Bupati di KEPRI Aishah namanya.

( Bukan Aishah yang mengucapkan selamat jalan ke Somalia demi ibu Negara..... He he)

Saya kehilangan tuan dalam misi kali ini. Kerana misi ini amat sukar bagi saya. Saya keseorangan tanpa tuan menjadi pendamping saya mengejar mimpi. Tuan banyak mengajar saya erti sabar, berani membuat keputusan dan reda dengan ketentuan. Tuan banyak membantu saya untuk berdiri megah. Tuan adalah sahabat dan saudara saya yang masih tinggal.

Gelak ketawa dan senda gurau Rahim dan Dollah sudah lama meninggalkan kita. Yunos dan Kasim Mahadi sudah Handicap. (Coretan ini saya tujukan kepada guru muda yang di tempatkan jauh dari keluarga ketika baru menjalankan tugas. Walau dimana mereka di tempatkan Tuhan telah menyediakan keluarga bagi mereka di tempat baru. Dan perancangan Tuhan melebihi jangkauan akal kita. Sebagai anak Melaka kalau tuan di Melaka saya percaya tuan telah melepasi Jawatan Pengarah Negeri).

Tapi untuk ke Daik tuan kena bermalam dulu bersama saya di LUCKYVALLEY Pahang untuk memulihkan tenaga dalaman kita yang sudah lama kita tak buat ujian. Terakhir kalau tak silap saya di SMK Dato Bentara semasa tuan di Jementah. Kalau kita sambung 2 tahun lagi kita kena susun balik aura kita. Kena pulihkan kesihatan sikit Tuan.

Esok tim kami akan mengadap pejabat kedutaan Malaysia di Nairobi. Untuk meninjau keselamatan perjalanan misi dan taklimat keselamatan.

Semalam saya tiba ke Nairobi selepas 15 jam perjalanan. Kalau campur tido di R&R Seremban saya sudah 36 jam meninggalkan isteri saya.

Saya terkenang Teh tarik, nasib baik ada 3in1. Saya di sambut oleh Ahmad dan Yaakub dari NGO Garisha. Di Hotel saya bertemu dengan Pensyarah Kenya yang pernah bertugas di KL. Dia fasih berbahasa Melayu.


Saya berbangga jadi rakyat Malaysia kerana 3 peristiwa malam tadi. Tolong ceritakan pada murid kita. Pada rakan kita.

Pertama ketika di Imigresyen. You come from Malaysia. YES kata saya . A good country. Nice People. I will go again to Your Capital City Kuala Lumpur. Malaysia Bagus. PLEASE CALL ME jawab saya. Yes, yes, I Will. Happy Journey.

Kedua ketika pemeriksaan Kastam. You Come From Malaysia. Dr Baha menjawab we are Humanitarian team. Mereka berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu Negara mereka dan dengan ramahnya mengajar kami KARIBU = Welcome to Kenya. Perkataan pertama yang saya pelajari dalam bahasa rasmi Kenya BAHASA SUHAILI, dan Negara yang sewaktu dengan nya . (saya tak catat jadi saya lupa menyebutnya bunyi macam nama seekor binatang afrika je he he)

Ketiga di Hotel saya bertemu dengan seorang Pensyarah Universiti bila tahu kita dari Malaysia mereka tolong hantar sampai ke Bilik. RAKYAT MALAYSIA warga Dunia kelas pertama kerana imej yang Negara kita bentuk. Bertuahnya kita. LU FIKIRLAH SENDIRI mana satu nak ikut.

Kami kepenatan walaupun telah 15 jam perjalanan disini baru jam 2100 saya terus ke bilik solat,

buat catatan, SMS anak-anak dan tidor kerana jam saya sudah pukul 3.30 pagi tanpa makan malam. Saya terjaga jam 745 pagi waktu jam tangan saya. Jam Telefon 315 pagi waktu telefon saya. JETLET. Saya masih belum subuh. Kerana komputer ini kalau padam kena pakai jari YUSMA untuk hidupkan semula. Dr Baha dan Haji Ibrahim Haluan telah ke Surau. Selisih waktu 5 jam. Nak tunggu sarapan jam 800 mau gastric saya.

Tolong SMS Saya kerana saya masih teringatkan tuan di Kaki Kilimanjaroo ini. Kalau masa nak pegi Kampuchea sebelum raya tahun lepas bawa baju melayu isteri saya risau. Tapi pegi Somalia dia buat de aje. Kat air port tadi saya jumpa ramai yang cun dia tak tahu. Yusma selalu saja tinggal di belakang sibuk ambil gambar orang. Dia terlalu bersemangat dalam misi ini saya harap dia akan sentiasa mengutamakan keselamatan dan pantang larang. Disini tak boleh ambil gambar orang perempuan tanpa izin, ia satu Kesalahan. Kerana putri disini cantik-cantik belaka.

Haji Mat nampaknya penuh minat menyertai misi ini.

Beliau adalah pelapis kita itu sebab saya offer dia untuk meneruskan rintis jalan yang kita buat saya percaya dia boleh diharapkan. Saya masih perlukan tuan sebagai sahabat saya. Kadang kadang daia merungut. Tak apalah saya harap dia banyak belajar dari Dr Baha dan Haji Ibrahim tim haluan yang sentiasa tersenyum dan sabar.

Rujuk Web Haluan Malaysia ada ucapan saya sebelum berangkat.

BINGKISAN KEEMPAT TN. HJ.KASIM B. MD. NOAH

Apa Khabar Pn Rajamani,

Catatan Perjalanan pertama ke Kota Nairobi

TinggiTinggi simatahari

Anak kerbau mati tertambat

Dua tiga boleh ku cari

Manakan sama puan seorang

Surat ini saya saya tulis kerana teringatkan puan yang pernah bersama kami dalam misi Pariaman di Padang. Mungkin puan boleh bersama kami lagi dalam misi yang lain. Saya berbangga mempunyai rakan sekerja seperti puan walau pun dalam usia dan kesihatan kita sekarang ini puan masih sanggup dan bersemangat menyertai misi kecil bersama saya. Maaf dari saya pada puan dan puan Maizarah kerana misikita ke Bengkalis tidak dapat kita laksanakan kerana keadaan dan masa yang tidak mengiizinkan. Insyaaalah saya akan teruskan juga pada masa yang akan datang.

Saya berharap puan dan rakan-rakan yang lain terus menerus menyokong misi kemanusiaan dan pengantarabangsaan kami jika ada kelapangan. Yang lebih penting kebersamaan dankegigihan puan untuk menjadikan SJKT yang puan pimpin akan terus berkembang mengikut edaran zaman. Dan akhirnya dapat mencapai standard SBT. Walaupun kita tidak menerima anugerah dan mendapat ganjaran tetapi usha dan semangat warga sekolah setaraf sekolah-sekolah SBT itu sudah memadai bagi saya.Kerana untuk naik ke Podium adalah bilangan terhad tetapi untuk memasuki balapan dan berlari bersama mereka kita masih ada lagi peluang, walau pun kita kalah di peringkat saringan tetapi percayalah kita telah berada pada kejohanan yang besar the big league.Itulah program RINTIS SBT yang SJQ utamakan. Banyak lagi pengorbanan yang perlu kita lakukan untuk membangunkan SJKT.Kita tidak boleh selesa dan berpuas hati kepada pencapaian yang ada. Usaha, kerjasama dan pemuafatan PIBG, Guru-guru dan pelajar hendaklah sentiasa di utamakan. Saya apercaya sekolah yang puan pimpin telah berada pada tahap tersebut dan perlu ditngkatkan lagi.

Kalaulah ada diantara warga sekolah yang menyertai misi ini saya percaya mereka akan lebih berusaha dan mencari kelainan dalam melaksankan tugas. Perjalanan hari pertama agak menyesakkan. Pagi tadi saya terjaga jam 715WM sini jam 3,15 pagi. Sarapan kami jam 8.00 sama dengan jam 1.00 WM. Jam 9.00 rombongan pertama dari Nothern Kenyan Empowerment Innitiative. Berbincang pasal unta dan kambin qurban. Ustaz Yaakub dan Ustaz Ahmad. Dari perbincangan harga dan sebagainya.

Kemudian kami bertemu dengan kumpulan yang di ketuai oleh Ketua Menteri Central Somalia. Penerusi AHLU SUNNA WAL JAMAACA , AL Sheikh Prof Dr Hersi Mohamaed Hilole Beliau adalah graduan PHD UKM dan bekas pensyarah di UIA. Wakil Ahli Sunna di Nairobi Mohamad Hussein Abu Baker dan Aden Hassan Abdi dari Social life and Agricutur al Organization- SADO. Bamyak yang kami dapati. Antaranya maklumat yang mengatakan “Until now, not even a single grain of sugar or rice to central Somalia”. Begitulah kesukaran mereka. Tetapi mereka menyatakan bahawa kawasan mereka sepenuhnya di kawal oleh Ahli sunah dan selamat. Kami juga bertemu dengan Haji Yahya warga British keturunan Somalia. yang akan menjadi wakil Central Somalia di Nairobi. Yang sanggup menguruskan perjalan kami dari Nairobi ke Central Somalia dan menjamin keselamatan kami.

Kemudian kami makan disebuah restoran. Selepas solat zuhur. Sebelum itu saya mendapatkan maklumat dari Hamidah receptionis hotel warga Ethiopia apakah makanan yang paling enak di Nairobi. Dia menyatakan pertama Ayam Kentucky dan yang kedua Bariani. Maka kami memilih Bariani. Restoran tersebut penuh dengan pelangan. Malangnya mereka kehabisan bariani kambing jadi kami pesan Bariani ayam dan kambing bakar. OK juga, nasinya sedap.

Saya teringatkan puan ketika kami ke Pasar kambing di Kamaiko. Hari hujan lebat jalan di Esleh banjir tetapi kerana kami menaiki perado kedaan tidaklah teruk ssangat. Sepanjang jalan kami bertembung dengan pelajar balik sekolah. Mereka bersekolah dari jam 8 pagi hingga 330 ptg. Makan tengahari di sekolah. Kawasan sesak dengan perkampungan setinggan yang menjadikan Nairobi dihuni oleh 4 juta. Sangat daif.

Kami berjalan dicelah pasar dan Ahmad menyatakan kami adalah pasukan jurutera yang akan membina jalan ke Pasar kambing Nairobi. Ini mengelakkan kami diganggu oleh penjual kambing. Jauh juga le ada sebatu. Kerana kenderaan tidak boleh lalu. Masha Allah jalan becak dengan kambing dijual di merata-rata. Entah kenapa rupa Hj Ibrahim, Dr Baha, Yusma di lihat macam orang cina korea atau korea. Jadi macam macam perkataan yang keluar dari mereka ada juga yang menunjukkan kungfu.

Cuma sekali ada seorang memanggil saya cikgu beberapa kali dengan kuat dari arah satu kawanan kambing, saya menoleh dan memberikan senyuman dia melambai-lambai. Dalam kenderaan saya bertanyakan kepada AHMAD apakah makna cikgu. Sebenarnya sebutanya ZINGGU bermakna White people kata Ahmad. Kami semua kotor dan kadang-kadang rasa nak muntah. Tapi harga kambing disini agak mahal dan cuaca hujan tidak membenarkan kami berada lama disana. Keadaan disini menguatkan ingatan saya kepada puan. Betapa syukurnya kita tinggal di Bumi Malaysia yang tercinta.

Oleh kerana kami beberapa kali di rempuh oleh kawanan kambing. Kami pun dah bau macam kambing dan penjual kambing juga. Hilang kelazatan bariani kambing yang baru kami nikmati. Beberapa kali saya menahan untuk tidak muntah. Lebih lebih lagi ketika melalui asap dimana mereka membakar bahaian dalam kambing. Saya melihat kehidupan dan survival mereka dalam keadaan yang sangat daif. Budak balik sekolah. Pekerja yang menggambil upah beberapa USD untuk menarik beban diatas pedati yang di sewa. Pedati itu di panggil kokoteni bermakna pulling cart. Di Kampuchea dan Vietnam mungkin lebih baik kerana pedati yang sama di tarik dengan motor Yamaha YB bagi mengankut Babi, kerbau barang dan orang terutama pelajar sekolah tetapi orang di sini lebih suka berjalan kaki dan kokoteni ditarik oleh manusia.

Waktu makan tengahari sama waktu puan makan malam 730 WM jam saya. Semasa saya menulis ini saya masih menunggu jam 1200WM untuk solat marib. Jadi saya ada bekal sedikit biskut untuk makan malam saya di bilik. Saya telah di nasihatkan oleh sekuriti hotel agar tidak merayau lepas jam 5.00 petang waktu Kenya. Begitu kehupan hari pertama saya di Nairobi yang sedang pesat membangun dengan jalan dan bangunan yang sedang dalam pembinaan.

Semoga catatan ini boleh memberikan peransang pada puan untuk terus gigih dan bersemangat membanggun SJKT Desa Cemerlang.

KASIM NOAH

1915 2 Nov 2010 Nairobi.

Majlis Pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan Somalia 2011

Majlis Pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan Somalia 2011
JPN Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang untuk Misi Bantuan Kemanusiaan Somalia